Cinta, jodoh, dan pertemuan
Tidak, Jodoh
tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti
jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat
sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan
usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan.
Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita
mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia
kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita
inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu
melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org
itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun
sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli
durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar berlipat ganda.
Ketika anda
terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu
berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua
yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada
tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian
juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai
saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.
Ramai orang
menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul
selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga
turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah
yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak
sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri
belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi telah melompat, jatuh terjerumus, tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba
mendaki naik.
Berkahwin itu
indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu
menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu
dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda
membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman
pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir
dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
Chikz_Achikz
Tidak ada komentar:
Posting Komentar